Wednesday, 12 June 2013

Gadis Kepala pecah, otak terburai jatuh tingkat 18


Tragis apabila seorang wanita ditemui maut dengan keadaan kepalanya pecah dan otak terburai dipercayai terjatuh dari tingkat 18 Apartment Atmosfera, di Puchong, pagi semalam.
Mayat mangsa, Yew Leng Leng, 23 ditemui terbaring di tingkat bawah pangsapuri berkenaan, kira-kira jam 7.40 pagi oleh seorang pengawal keselamatan.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, siasatan awal mendapati mangsa terjatuh dari ruang rehat beranda, pangsapuri berkenaan.
“Mayatnya ditemui bersama serangkai kunci dipercayai kunci rumah yang didiaminya bersama teman lelaki di pangsapuri sama.
“Pemeriksaan mendapati perut mangsa pecah, terdapat luka di belakang badan selain lebam di kaki dan leher dipercayai akibat terjatuh dari tingkat tinggi itu,” katanya.
Menurutnya, mangsa dipercayai tinggal di tingkat tiga pangsapuri berkenaan sejak enam bulan lalu.
“Kejadian dipercayai berlaku antara jam 7 pagi hingga sebelum mayat mangsa yang memakai kemeja T hitam ditemui tertiarap atas jalan.
“Tiada siapa yang melihat kejadian itu (mangsa terjatuh) sehinggalah dia ditemui terbaring di atas jalan dan sudah tidak bernyawa,” katanya.
Abd Razak berkata, sehingga kini punca kematian masih belum diketahui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Polis forensik dikejarkan ke tempat kejadian dan siasatan menyeluruh masih dijalankan.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya.

No comments:

Post a Comment