Sunday, 16 June 2013

Biarlah Farid Nak Kata Apa, Saya Senyum Saja – Ibu Diana Danielle




Untuk anda yang tidak tahu, baru-baru ini Farid Kamil telah mengeluarkan beberapa status Twitter yang seolah-olah ditujukan kepada ibu mertuanya. Antara status tersebut, Farid menyatakan yang dia sudah 4 tahun bersabar dengan kerenah ibu Diana Danielle.  Ternyata apa yang diperkatakan oleh Farid membuatkan ramai orang terkejut..
ibu diana danielle
Ibu Diana Danielle, Norsiah Ramli yang ditemui oleh Harian Metro hari ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai apa yang diperkatakan oleh menantunya. Kata Norsiah:-
Biarlah dia (Farid) nak kata apa, saya senyum saja. Doakan yang baik-baik untuk mereka, itu saja yang saya mampu lakukan. Selepas saya baca di sebuah blog, baru saya tahu (kenyataan Farid). Biarlah dia (Farid) yang nak petik. Saya okay saja.
ibu diana danielle
Abang Nara daripada dulu lagi kurang bersetuju dengan tindakan sesetengah manusia yang menggunakan media sosial untuk bercerita mengenai masalah rumahtangga. Diharap kemelut antara Farid Kamil dan ibu mertuanya dapat diselesaikan. Insya-Allah dengan kehadiran anak Farid kelak, Abang Nara dapat rasakan semua masalah akan berjaya ditangani. Sama-sama kita doakan.

No comments:

Post a Comment