Tuesday 18 June 2013

Fizo Omar" Bengang" Peminat Kutuk Kubur Ayah !!


Kalau ada antara anda yang mengikuti perkembangan Fizo Omar di Facebook, Instagram dan Twitter, anda mesti perasan dengan sekeping foto Fizo bersama seorang gadis yang seksi, kan?

Gambar yang dimuat naik ke laman Facebook dan Instagram itu telah mengundang kontroversi apabila salah seorang pengikut Fizo di laman sosialnya mengkritik gaya pemakaian wanita di dalam gambar tersebut. 
Fizo turut dilabel sebagai bodoh dan kritikan itu juga dipercayai ada menyentuh isu kubur arwah ayah Fizo.

Teguran yang diberikan memang sedikit pedas dan keterlaluan. Disebabkan itu juga, Fizo telah melahirkan kekecewaannya di laman Facebook.

Menurut Fizo lagi, gambarnya bersama duta produk Drive M7 bernama Melyssa Grace itu tidak sepatutnya dijadikan isu. Berikut adalah respon Fizo terhadap teguran yang diberikan oleh peminatnya:

Screen-Shot-2013-06-17-at-11.28.41

Untuk pengetahuan semua, gambar itu diambil ketika Fizo berada di litar Sepang sempena Japan GT bagi mempromosikan minuman tenaga Drive M7.

No comments:

Post a Comment