Tuesday 18 June 2013

Berita Kematian Sofi Jikan Hanya Salah Faham



June 18th, 20130 CommentsHiburan
Mahu tidak berdebar hati kami apabila ada mereka Twitter yang menyebut pelakon watak jahat kegemaran ramai, Sofi Jikan telah meninggal dunia awal pagi ini kerana jangkitan demam denggi.
Namun laporan awal yang dikeluarkan oleh Oh! Artis itu nyata hanya salah faham apabila maklumat terbaru mengatakan yang meninggal dunia adalah adik kelima kepada Sofi Jikan. Mungkin selepas ini Sofi Jikan sendiri dapat membuat pengesahan setelah segala urusan kematian di selesaikan.
Nyata laporan dan panik orang ramai di laman sosial tidak berasas dengan pengesahan ini. Kami ucapkan takziah kepada Sofi Jikan dan seisi keluarga atas kehilangan insan tersayang. al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment