Jutaan tahniah diucapkan buat Amar Asyraf dan Arna Salleh yang telah pun selamat bergelar suami isteri pagi hari ini dengan sekali lafaz sahaja. Majlis pernikahan telah pun berlangsung di rumah pengantin perempuan di Bidor, Perak.
Amar Asyraf dan Arna Salleh nampak sama cantik dan sama padan dalam persalinan pengantin serba putih. Majlis pernikahan ini hanya dihadiri oleh ahli keluarga terapat sahaja tanpa kehadiran media.
Buat Amar dan Arna, selamat melayari bahtera rumahtangga. Semoga masjid yang dibina akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan. Tahniah sekali lagi buat anda berdua.
No comments:
Post a Comment