Sunday, 16 June 2013

Black Dan Tunang Disihir Oleh Orang Yang Dikenali



Apabila perasaan cemburu menyelubungi diri, manusia akan hilang pertimbangan. Kesian pada Black dan tunangnya yang telah menjadi mangsa sihir. Hampir-hampir putus tunang dibuatnya. Ini semua boleh dikatakan dugaan dalam perjalanan mendirikan sebuah masjid.
black dan tunang
Tambah menyedihkan, orang yang menyihir mereka adalah seseorang yang dikenali Black. Kata Black:-
Sebab itu saya tidak mahu menonjolkan dirinya kepada umum. Kami bergaduh sampai ke tahap masing-masing sudah tiada perasaan dan hampir saja memutuskan pertunangan. Saya tidak tahu siapa yang lakukan, tetapi saya diberi tahu, orang yang melakukannya ialah orang yang dikenali. Saya tidak pernah berdendam atau bermusuh dengan sesiapa. Namun apa yang berlaku mungkin ada hikmahnya
black dan tunang
Mungkin Black boleh mempercepatkan tarikh pernikahan untuk megelakkan perkara sebegini berulang lagi. Mungkin si penyihir itu jeles melihat bakal isteri Black yang cun melecun. Semoga Black dan tunang tabah menghadapi dugaan ini. Sama-samalah kita doakan agar perkahwinan Black akan berjalan seperti yang dirancang.

No comments:

Post a Comment