Tuesday 18 June 2013

Perempuan Ditangkap Khalw@t Bersama Shah Jaszle Buat Pengakuan



Tentunya korang masih ingat dengan kes Shah Jaszle ditangkap khalwat bersama seorang perempuan di sebuah Apartment Taman Sri Subang, Selangor pada bulan lepas. Shah Jaszle mendakwa dirinya telah diperangkap oleh rakan sendiri kerana menurut beliau terdapat lima orang dalam bilik apartment itu.

Semalam, menerusi Melodi yang disiarkan di TV3, wanita yang ditangkap khalwat bersama pelakon Shah Jaszle telah tampil dengan beberapa pengakuan kepada wartawan Melodi, Zuan Azmi bagi menyangkal dakwaan pelakon tersebut yang dirinya diperangkap. 
Nuffnang Ads

“Semua orang dah tahu pasal kes seorang pelakon lelaki yang ditangkap khalwat. Dan wanita yang ditangkap khalwat dengan dia ialah saya.”

Wanita itu memberitahu bahawa perbuatan mereka sudah diintip selama dua minggu dan JAIS tidak melakukan serbuan secara membuta tuli.

“Ini bukanlah satu perangkap. Tak ada siapa pun yang nak perangkap dia. JAIS tidak akan tangkap (khalwat) satu jam selepas dapat maklumat. Mereka mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk melakukan intipan, baru buat serbuan. Kami telah diintip. Dia cakap jangan beritahu apa-apa tentang kami, hanya cerita yang ada lima orang di rumah dan saya sedang bersihkan baju konti manakala dia tertidur dalam bilik. Kalau tidur takkan dalam keadaan macam itu? Takkan JAIS akan umumkan ia sebagai kes khalwat?”

No comments:

Post a Comment