Sunday 16 June 2013

Bukan Saya Punca Dia Kembali Ke Malaysia – Kekasih Wan Zack Haikal



Membaca berita sukan semalam membuatkan Abang Nara terasa sangat kecewa. Bukan apa, pemain sayap kanan Malaysia, Wan Zack Haikal dilaporkan bakal pulang ke Malaysia pada musim hadapan. Untuk makluman, Wan Zack sekarang bermain di Jepun di bawah kelab Ryukyu FC.
wan zack haikalWalaupun berita ini belum disahkan sepenuhnya lagi, dilaporkan ada kelab Liga Malaysia yang sanggup membeli Wan Zack daripada Ryukyu FC.  Malah ada pihak yang mengaitkan kepulangan ini dengan kekasih Wan Zack Haikal iaitu penyanyi Zzati. Namun Zzati segera menafikan dirinya menjadi punca.
zzatiKata Zzati kepada Mstar Online:-
Perkara ini belum sahih lagi sama ada di pulang atau tidak kerana belum ada kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak lagi. Jika peminat kecewa dia pulang, saya sudah tentu lebih kecewa kerana saya juga ingin lihat dia bina kerjaya dan berjaya pada peringkat antarabangsa. Saya faham dengan kerjayanya sebagai pemain bola sepak malah sentiasa beri semangat untuk dia terus bertahan di negara Matahari Terbit itu
zzati wan zak
Bagus betul si Zzati ini. Kekasih macam inilah yang kita mahukan. Abang Nara makin terharu apabila mengetahui kesudian Zzati untuk terbang ke Jepun demi memberikan semangat kepada kekasihnya. Kata Zzati lagi:-
Saya rasa tidak ada sebarang masalah komunikasi antara kami sebab teknologi perhubungan sudah semakin canggih. Kalau ingin melepaskan rindu kami boleh buat panggilan video sahaja, tidak seperti zaman dahulu yang tiada kemudahan seperti sekarang ini. Sekarang dia cedera dan tidak boleh beraksi, saya harap dia bersabar dan teruskan perjuangan di sana kerana semua masyarakat dan peminat bola sepak ingin melihat dia mengharumkan nama negara. Insya-Allah, saya akan ke Jepun kalau diperlukan untuk beri semangat kepada dia
Kepada Wan Zack, tabahkan diri anda. Cekalkan hati. Kuatkan semangat. Jangan rindu budu, belacan atau nasi lemak. Banyakkan belajar dan tingkatkan mutu permainan sebelum kembali ke Malaysia. Dulu rasanya Wan Zack dah berjanji taknak pulang awal. Jadi kotakan janji tersebut. Jangan hangat-hangat tahi ayam sahaja. Come on Wan Zack!!!

No comments:

Post a Comment