Wednesday, 12 June 2013

Anak Gadis Rimas Pakai Baju, Lebih Selesa Berb****gel



on TUESDAY, JUNE 11, 2013 
“Sejak tiga tahun lalu, penyakit anak perempuan saya makin teruk, dia mula rimas pakai baju dan berbogel sepanjang masa,” keluh Nafisah Muda, 55, yang berdepan ujian bertimpa dalam keluarganya.

Nafisah berkata, bukan sahaja anak keempatnya menghidap penyakit misteri, malah suaminya juga perlu diberi perhatian kerana kaki kanan terpaksa dipotong akibat kencing manis.

Menurutnya, keadaan anaknya, Nurhaliza Mohamad, 29, atau mesra dipanggil Mek Yah yang berbogel menyebabkan dia terpaksa dikurung dalam sebuah bilik bagi mengelakkan keluar dari rumah dalam keadaan begitu.

“Mek Yah mulai sakit selepas berhenti kerja beberapa bulan setelah tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ketika itu sikapnya mula bertukar murung, suka termenung dan menangis secara tiba-tiba tanpa mengira masa.

“Dari sebulan ke sebulan, dia bertukar agresif dan seperti ada ‘kuasa’ kerana kekuatannya sangat luar biasa. Dia baling barang dalam rumah, tendang pintu dan ada ketikanya dia berjoget serta bercakap dengan dinding.

“Mula-mula sakit dia pakai baju sama seminggu dan tak nak tukar tapi sejak tiga tahun lalu, dia tak mahu pakai pakaian. Bila dipakaikan baju, dia koyakkan dan tanggalkan,” katanya sebak ketika dikunjungi Sinar Harian di rumahnya di Kampung Semai Bakti, Felda Kerteh 6, dekat sini.

Sejak sakit, Nafisah sekeluarga membawa anaknya berjumpa pengamal perubatan tradisional dan kebanyakan mereka memberitahu anaknya itu diganggu makhluk halus.

“Ada juga bomoh mengatakan Mek Yah yang ada bersama kami sekarang hanya tinggal jasad, manakala jiwa dan rohnya berada di tempat 

No comments:

Post a Comment