Friday, 10 May 2013

Ini buktinya keluarga Taib Mahmud PAPA KEDANA ...






Taib & Ragad Waleed AlKurdi_shalehudinKUALA LUMPUR, 28 April —
Adik kepada ketua menteri Sarawak, Onn Mahmud, telah menggunakan kawasan perlindungan cukai Pulau Cayman untuk mengelakkan
berjuta dolar cukai hasil keuntungan dari perniagaan hartanah di Australia sepanjang 20 tahun lalu, lapor akhbar Australia The age hari ini.
Akhbar tersebut melaporkan Onn menggunakan rangkaian kewangan global rumit untuk mengeksport pandapatannya dari portfolio komersial Sydney dan hartanah kediaman bernilai kira-kira A$100 juta (311.85 juta).
Laporan itu juga berkata ramai jutawan dan ahli politik Malaysia mempunyai akaun luar pesisir di kawasan-kawasan perlindungan cukai.
Dalam satu urusniaga yang dilaporkan oleh The Age, Onn menjual tapak pembangunan pangsapuri di Sydney Potts Point dengan harga A$15.5 juta pada 2007 – mendapat keuntungan A$10.8 juta.
Bekas rakan perniagaan Onn mengatakan tiada cukai keuntungan dibayar dari urusan tersebut dan semua hasil telah dipindahkan ke suatu akaun amanah berpangkalan di syurga cukai Pulau Cayman.
“Semua urusannya distruktur dengan berhati-hati bagi memastikan dia tidak membayar cukai di Australia,” kata Farok Abdul Majeed kepada akhbar tersebut yang mengatakan beliau menguruskan perniagaan hartanah Onn di Sydney selama bertahun-tahun.

No comments:

Post a Comment