Thursday, 23 May 2013

Tolong Padam Gambar Saya Di FACEBOOK...!!!!


Assalamualaikum


Alhamdulilah ya Allah masih lagi di berikan kesempatan untuk terus bernafas di bumi Allah sementara Pagi Pagi lagi acik dapat kejutan dari seseorang yang hantar mesej di page fan acik di aku penghibur dot com.  Dan dia perlukan nasihat dari kita semua  dan semoga jadi tauladan kepada yang lain.




Sebelum itu kepada saudari Fatin maaf sebab acik baru sempat balas mesej tu , Ok kalau begitu sila pastikan benarkah si bekas teman lelaki kamu itu menyebarkan gambar di facebook ataupon di laman web ? Di mana ? Sila dapatkan detail dan lepas itu boleh buat laporan polis mahupon laporan dari SKMM. Itu saje yang acik boleh bantu kerana selebihnya adalah tanggungjawab kamu sendiri.

Setiap apa yang kita lakukan perlulah kena tanggung risikonya dan fikirkan akibatnya. Seperti kes ini, kena beringat semasa bercinta atau "couple" bukan masa untuk kamu serahkan segalanya kepada pasangan , dia bukan siapa siapa kamu lagi. Beringat yer kaum adam da hawa.

Dan kepada lelaki pula, jangan mentang mentang dah putus dengan teman wanita kamu pula, kamu ingin balas dendam dengan sebarkan gambar tersebut Adakah anda sanggup buka aib orang lain ? 

Ingat Allah cukup jaga aib kita, tapi kita dengan sengaja buka aib diri sendiri dan orang lain. Jangan sampai Allah murka terhadap kita baru buruk padahnya.

Kepada bekas teman lelaki saudari fatin, acik merayu jangan lakukan seperti itu, jika sudah ter upload sila delete dan kalau belum upload harap batalkan saje niat tersebut. Putus cinta itu lumrah dalam bercinta tapi bukan menjadi medan untuk saling menyalah dan berbalas dendam . Ingat suatu masa dulu dia juga orang yang pernah kamu sayang . Adakah kamu sanggup sakiti orang yang pernah kamu sayang ?

Hidup ini kita kena terima qada dan qadar dari Allah. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita Ingat bila kita cuba menjatuhkan maruah orang lain dan tak mustahil orang lain boleh buat benda yang sama. Dan kepada adik adik yang baru nak bercinta itu, kalau teman lelaki/ teman wanita anda minta yang bukan bukan sila jangan berikan ,jika tidak tanggung sendiri. Ok sampai di sini dulu adios

No comments:

Post a Comment