Wednesday 15 May 2013

Luna Maya Bakal Berada di KL, Promosikan Filem Arahannya???filem apa???



 Ditulis Pada 15 May 2013 |  Oleh Nizul Zaim |  Kategori Hiburan
Aktres, pengacara dan juga model jelita Indonesia, Luna Maya yang dulu pernah membawa berita tergempar bersama Ariel Peterpan dikhabarkan bakal berada di ibu kota Kuala Lumpur. Menarik, kedatangan Luna Maya kali ini bagi mempromosikan filem arahannya berjudul Pintu Harmonika.
Pintu Harmonika merupakan hasil percubaan pertama Luna Maya dalam pengarahan filem. Karya yang bakal menyentuh perasaan penonton dengan sebuah kisah kehidupan masyarakat itu bakal bersiaran secara eksklusif di Astro First pada 23 Mei 2013, iaitu tayangan eksklusif serentak dengan pawagam Indonesia.
Difahamkan, sempena promosi filem tersebut, satu majlis sidang media khas akan diadakan di Kuala Lumpur, pada hari Khamis ini. Tidak keseorangan, bekas teman wanita kepada Ariel (Peterpan) ini, akan diturut ditemani oleh teraju utama filem itu yang juga yang diterbangkan khas dari Indonesia iaitu Fauzan Nasrul.
InsyaAllah, kami akan bawakan perkembangan lanjut mengenai Luna Maya, Fauzan Nasrul filem Pintu Harmonika, nanti.

 0 KOMEN


No comments:

Post a Comment