on SATURDAY, MAY 18, 2013
Selain menawarkan khidmat seks, gadis pelayan pelanggan (GRO) warga Thailand bijak mencari tip lebih dengan menjual air kepada pelanggan yang datang berkunjung ke premis hiburan mereka.
Taktik ini dikesan selepas sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman menyerbu sebuah kelab hiburan di tingkat 1, Jalan SS21/35, Damansara Utama, Petaling Jaya, kelmarin.
Ketika serbuan dibuat kira-kira jam 11.45 malam itu, rata-rata pengunjung serta GRO yang bertugas tidak menyedari kehadiran polis.
Muzik dipasang juga terlalu kuat, malah kebanyakan GRO asing itu sedang sibuk melayan termasuk memujuk pelanggan mereka untuk membeli air atau minuman keras.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pemeriksaan menunjukkan semua GRO berusia antara 20 hingga 30-an itu menjual air serta minuman keras pada harga tertentu bagi mendapatkan tip lebih.
"Bagi satu jag air harga dikenakan adalah sebanyak RM5, manakala harga sebotol minuman keras pula boleh didapati pada harga serendah RM15 hingga ke RM30.
"Jika banyak minuman keras berjaya dijual kepada pelanggan, mereka akan memperoleh banyak tip lumayan," katanya.

Beliau berkata, bagi pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat seks, mereka perlu berunding sendiri dengan GRO terbabit.
Arjunaidi berkata, pemeriksaan lanjut menunjukkan 18 daripada GRO itu mempunyai pasport, manakala dua lagi tiada dokumen sah untuk tinggal dan bekerja di negara ini.
"Kita juga menahan seorang lelaki tempatan yang juga pengurus premis berusia 25 tahun.
"Seramai 35 pelanggan yang berada dalam premis ketika serbuan dibuat turut diambil keterangan bagi membantu siasatan," katanya.
Menurutnya, semakan menunjukkan premis yang baru beroperasi sebulan itu tidak mempunyai lesen sah menjalankan perniagaan.
Katanya, pusat hiburan itu pernah diserbu awal tahun ini, namun masih tidak serik walaupun jarak premis terletak kira-kira 500 meter dari Balai Polis Damansara Utama.

No comments:
Post a Comment