Friday, 10 May 2013

Amboi...besarnya 'belon' Nurul Izzah





on WEDNESDAY, APRIL 24, 2013 
Calon-calon PRU13 kini giat berkempen. Kebanyakan yang muda-muda ini memilih pentas laman sosial untuk berkempen, katanya lebih mendekati orang muda.

Tidak terlepas juga Nurul Izzah anak kepada invidu yang kemaruk nak jadi Perdana Menteri ini. Beliau banyak menggunakan media sosial seperti Facebook, Twitter dan yang terbaru Instagram.

Salah satu gambar yang dikongsikan bersama untuk penyokong-penyokongnya di akaun Instagram adalah gambar belon besar yang tertulis namannya.

Nurul Izzah tidak pula berkongsi gambar kain rentang besar yang turut mempunyai namanya seperti di bawah.

Baru-baru ini Tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, menuntut pembatalan pendaftaran kira-kira 4,000 pengundi di Lembah Pantai akibat kejahilan beliau mengenai sejarah kawasan itu terutama perkampungan setinggan.

Nurul Izzah yang didakwa baharu lima tahun menjadi wakil rakyat di Lembah Pantai tidak boleh membuat andaian pengundi menggunakan alamat kawasan setinggan yang tidak lagi wujud itu sebagai pengundi hantu.

Nurul Izzah mendapat kecaman hebat dari penduduk setempat kerana membuat kenyataan sambil menyenaraikan kawasan-kawasan dibawah sebagai kawasan pengundi hantu.

Berikut adalah antara kawasan setinggan yang disenaraikan oleh Nurul Izzah sebagai alamat pengundi hantu:
  1. Kampung Pasir Kiri, sekarang adalah tapak gerai penjaja yang telah diratakan dan penduduk berpindah ke Taman Gasing (Pusat Daerah Mengundi (PDM) - Pantai Dalam).
  2. Setinggan Bukit A, Bukit B, Bukit C dan Bukit B Tanjung serta Kampung Kerinchi telah tiada dengan arus pembangunan. Semua penduduk telah berpindah ke Taman Bukit Angkasa atau PPR Kampung Limau (PDM Bukit Kerinchi).
  3. Sepanjang New Pantai Express dan pembinaan landasan keretapi komuter mempunyai rumah-rumah setinggan. Semua penghuni telah dipindahkan ke PPR sekitar Lembah Pantai.

No comments:

Post a Comment